Thursday, October 30, 2008

Amanat Dari Admin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama-tama sekalinya, saya selaku admin blog ini ingin menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat memanfaatkan blog ini dengan sepenuhnya. Memandangkan masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan blog ini dan juga tidak ramai yang ingin menyumbangkan idea atau sebarang artikel ke dalam blog ini. "Ketidakmajuan" blog ini memang agak dikesali, namun itu tetap tidak mematahkan semangat saya dalam usaha menyatupadukan semua batch kita. Setakat ini, saya masih lagi berusaha mendapatkan maklumat-maklumat selengkapnya daripada semua ahli "batch" kita ini. Saya cuba mengumpulkan semuanya termasuk mereka yang keluar awal dari SRI Aman. Setakat ini, Alhamdulillah mereka memberikan respon yang baik terhadap usaha saya ini.

Saya sebenarnya bukanlah ingin mengejar pangkat atau kuasa jika kita menubuhkan suatu "organisasi" yang terdiri daripada golongan kita sendiri. Saya cuma ingin berpandangan lebih jauh, dan saya cuba melihat waktu yang bakal mendatang. Mungkin lima tahun, 10 tahun, atau 20 tahun yang akan datang. Saya inginkan organisasi ini masih wujud di mana ianya boleh mendatangkan manfaat untuk kita bersama. Kita semua bermula dari satu "batang pokok" yang sama, melalui laluan dan arah yang sama sehinggalah kita mula memilih "dahan-dahan" yang berlainan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, semuanya sudah beralih kepada cabang-cabang yang berbaza. Ada yang berada dalam bidang perubatan, perakaunan, kejuruteraan, pelajaran, dan banyak lagi yang mana bidang-bidang ini jugalah yang akan berkhidmat untuk masyarakat kita nanti. Bagi pendapat saya, apa salahnya jika kita bersatu dan mungkin suatu hari nanti (hanya Allah yang tahu) kita mungkin memerlukan satu sama lain.

Sebagai contohnya, jika salah seorang daripada kita nanti mempunyai anak (20 tahun akan datang), dan kemungkinan si anak itu penghidap sejenis penyakit yang berbahaya (minta dijauhkan). Dan pada ketika itu, Dr. Abdul Rahman kita merupakan pakar dalam penyakit itu (Insya Allah). Insya Allah, Dr. Abdul Rahman kita ini mungkin dapat membantu anda lebih dari yang doktor-doktor lain mampu lakukan. Contohnya la.
Sebagai contoh lain, jika ada di antara kita yang ingin membina rumah untuk keluarganya atau untuk diri sendiri. Kita boleh meminta bantuan atau pandangan dari saudari Widad kita yang (insya Allah) pakar dalam dekorasi rumah. (Sekadar contoh.) Banyak lagi yang kita dapat manfaatkan dari organisasi ini, tidak terhad kepada perkara-perkara seperti yang disebutkan di atas sahaja.

Saya juga ingin memohon dari anda semua agar bersatu dan tidak memandang rendah pada sesetengah pihak. Ramai daripada kalangan kita yang alim-alim kerana SRI Aman adalah tempat kita bermula. Saya akui, bahawa saya sendiri tidak sealim mereka-mereka ini. Tetapi saya juga tidaklah sejahil seperti mereka-mereka kurang alim. Konteks jahil di sini, saya harap anda dapat mendefinasikan sendiri. Bukan bermakna apabila seseorang itu berpakaian atau mempunyai imej yang tidak berapa baik bermaksud orang itu tidak baik. Saya harap prejudis tidak berlaku di kalangan kita. Biarlah kita bercampur sesama sendiri. Bagi sesiapa yang lebih alim, janganlah memandang rendah kepada golongan ini. Bagi mereka yang kurang alim (termasuk saya), janganlah berasa rendah diri untuk bergaul sesama sendiri. Sesunggugnya, kita semua pada suatu masa dahulu adalah teman, rakan sepermainan, kanak-kanak yang mana tidak kenal apa itu diskriminasi. Buangkanlah perasaan prejudis anda dan janganlah kita saling mengata-ngata terhadap suatu sama lain.

Saya harap, usaha murni untuk menyatupadukan semua ahli batch kita ini mendapat rahmat dari Allah juga mendapat respon yang baik dari anda semua.

Sekian, wassalam.

Sila klik pada advertisement sebagai sumbangan anda kepada blog ini. Hasil-hasil daripada klik-klik anda itu akan dimasukkan ke tabung kita bersama.

Sama-samalah kita menyumbang kepada blog ini, tidak kira dari segi artikel, pengalaman, dakwah, pengumuman dan sebagainya.

Terima kasih.

6 comments:

Azah said...

cehhh....cam hebat "skema" je karangan bm ku inih......lama nye x mengarang....sape2 yg baca, jgn kritik tau..hihi....

Ahmad Usamah said...

hahah..poyo giler bnyi..haha
xpe2 chayok2..hidup azah..kami sume sokng azah!!
haha

Azah said...

poyo???isyk3x....sampai hati...hak3x...

DzuLagiL said...

salam, tq atas comment tu...

semoga terus membuat blog...!

nur_one said...

x sempat lg nk kecek nge baba ore psl hr 2, nt lapang sikit k...pening ngn block br ni.
hehe...try tulis novel lak zah.

Luqman Fahmi said...

bagus2

Post a Comment